Pathfinder

Pengenalan

Rentetan daripada Majlis Perasmian Persidangan Cina Peranakan Pulau Pinang dan Cina Muslim, tahun 2008 serta hasrat Prof.Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM yang ingin melihat maklumat berkenaan Kaum Peranakan dikumpul dan disatukan maka wujudlah Koleksi kaum Peranakan Asia Tenggara di Perpustakaan Hamzah Sendut.Disebabkan oleh adanya perkaitan dan dekatnya hubungan kaum peranakan ini dengan masyarakat dan budaya melayu, maka adalah perlu dipelihara maklumat berkenaan kaum ini sebagai bahan sejarah dan penyelidikan.

 

Objektif

  • Menghebahkan kepada umum tentang penubuhan Koleksi kaum Peranakan Asia Tenggara di Perpustakaan Hamzah Sendut.
  • Menyampaikan maklumat kepada umum berkenaan kaum-kaum peranakan yang terdapat di Asia Tenggara.

 

Skop Koleksi

Kaum Peranakan telah lama wujud di Tanah Melayu beratus-ratus tahun dahulu hasil perkahwinan campur dengan wanita Melayu Tempatan dan asimilasi sosio-budaya.Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara akan ditumpukan kepada empat jenis kaum iaitu:

  1. Kaum Cina Peranakan
  2. Kaum Jawi Peranakan
  3. Kaum India Peranakan (Kaum Chetti)
  4. Kaum Siam Peranakan (Kaum Melayu Sam-Sam)

 

Kaum Cina Peranakan

Definisi Kaum Cina Peranakan dipetik daripada Wikipedia:

“Komuniti Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya boleh didefinisikan melalui etnik, budaya, geografi dan sejarah.   Peranakan bermaksud keturunan. Baba merujuk kepada lelaki dan Nyonya merujuk kepada perempuan.  Peranakan, Baba Nyonya dan ‘Straits Chinese’ digunakan untuk keturunan imigran China yang terawal di Nusantara yang telah mengamalkan budaya Melayu seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan”.

Daripada www.peranakannetworks.com/blog :

“…Depending on the length of their sojourn and the type of community that they evolved with, there are those who are more Malay-oriented (Baba of Malacca), westernized (Singapore Peranakan) or fused with all three Hokkien, Malay and British cultural influences (Penang variety)….”

 

Kaum Jawi Peranakan

Definisi Jawi Peranakan oleh Omar Yusoff (serta Jamaluddin Aziz) :

“Pada hakikatnya, istilah ini adalah lebih eksklusif di Pulau Pinang. Ia dikatakan hanya digunakan sebagai rujukan kepada sebuah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara wanita Melayu tempatan dengan lelaki Arab, India-Muslim, Bengali, Punjabi, Gujerat dan Afghani. Ada juga pihak yang menyatakan istilah ini hanya digunakan sebagai rujukan kepada wanita Melayu tempatan yang berkahwin campur dengan lelaki yang datang daripada Benua India sahaja.”

 

Kaum India Peranakan (Kaum Chetti)

Definisi Kaum India Peranakan atau Kaum Chetti oleh Dr. Noriah Mohamed :

“Komuniti ini terbentuk hasil perkahwinan campur antara pedagang India Selatan dengan wanita tempatan di Melaka pada abad ke-16. Dalam hal ini, pedagang dari India Selatan, khususnya pedagang Tamil beragama Hindu yang datang ke Asia Tenggara pada sekitar abad ke-16 itu telah berkahwin atau tinggal bersama-sama perempuan tempatan, seperti Melayu, Jawa, Batak atau Cina”

 

Kaum Siam Peranakan (Kaum Melayu Sam-Sam)

Definisi Kaum Siam Peranakan atau Kaum Melayu Sam-Sam oleh Cheah Boon Kheng (Dipetik dari kertas kerja bertajuk Masyarakat Sam-Sam di Kedah : sejarah dan stigma oleh Dr. Sohaimi Abdul Aziz dan Omar Yusoff) :

“Sehubungan itu, ada yang mengatakan bahawa masyarakat Samsam adalah hasil daripada perkahwinan campur di antara Siam dengan Melayu, Siam dengan Cina, Siam dengan India dan antara Siam di selatan seperti di Satun, Yala dan Narathiwat dengan Siam di utara seperti dari Lembah Menam Chao Phraya.  Sehubungan itu wujud pendapat yang mengatakan bahawa masyarakat Samsam terbahagi kepada dua iaitu Samsam Islam dan Samsam Buddha.”

Definisi Kaum Siam Peranakan atau Kaum Melayu Sam-Sam dipetik daripada Wikipedia:

“People of mixed Thai and Malay ancestry are known as Samsam,[5] which forms the bulk of Satun’s population but also a significant minority in Phatthalung, Trang, Krabi, Phang Nga and Songkhla as well as in the Malaysian states of Kedah, Perak and Perlis. Samsams are generally adherents of Islam but culturally Thai, although Malay influences are co-dominant. Phuket and Ranong, home to a sizeable Muslim population, also has many people who are of Malay descent.  A sizeable community also exists in Bangkok itself, having descended from migrants or prisoners who were relocated from the South from the 13th century onwards.