Cina Peranakan

 Definisi Kaum Cina Peranakan dipetik daripada Wikipedia:

“Komuniti Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya boleh didefinisikan melalui etnik, budaya, geografi dan sejarah.   Peranakan bermaksud keturunan. Baba merujuk kepada lelaki dan Nyonya merujuk kepada perempuan.  Peranakan, Baba Nyonya dan ‘Straits Chinese’ digunakan untuk keturunan imigran China yang terawal di Nusantara yang telah mengamalkan budaya Melayu seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan”.

Daripada www.peranakannetworks.com/blog :

“…Depending on the length of their sojourn and the type of community that they evolved with, there are those who are more Malay-oriented (Baba of Malacca), westernized (Singapore Peranakan) or fused with all three Hokkien, Malay and British cultural influences (Penang variety)….”

 

BABA1

 

 

Gambar menunjukkan fesyen jaket yang dipakai oleh kaum Baba di Pulau Pinang.

Biasanya fesyen jaket yang dipakai oleh mereka adalah berkoler tinggi dan bulat.

Kaum Baba juga biasanya akan membotakkan rambut mereka di bahagian hadapan dan

menyimpan ekor yang dikenali sebagai thau chang oleh masyarakat Baba Nyonya.

 

 

 

BABA2

 

 

Gambar menunjukkan pakaian ala Barat yang dipakai oleh kaum Baba.

Biasanya pakaian ini akan dipadankan dengan topi yang berwarna seragam.

 

 

 

 

BABA006

 

 

Gambar menunjukkan fesyen pakaian yang dikenali sebagai choong san chong

yang dipakai oleh kaum Baba. Fesyen pakaian ini biasanya dipakai oleh Pengurus

Besar ladang getah. Fesyen pakaian ini juga dipakai oleh Sun Yat San.

 

 

 

BABA008

 

 

Gambar menunjukkan barang-barang kemas yang dipakai oleh kaum Nyonya

di Pulau Pinang. Biasanya, kaum Nyonya daripada golongan berada gemar memakai

rantai labuh bertatahkan berlian, kerongsang emas dan cucuk sanggul emas.

 

 

 

BABA011

 

 

Gambar menunjukkan kaum Nyonya memakai baju panjang (kebaya labuh)

yang dipakai dengan kain batik. Biasanya kaum Nyonya akan membawa sapu

tangan sebagai lambang kewanitaan mereka.

 

 

 

BABA015

 

 

Gambar menunjukkan fesyen baju panjang yang dipakai oleh kaum Nyonya

di Pulau Pinang. Biasanya baju panjang yang dipakai oleh mereka adalah berkolar

tinggi dan berkancing. Kancing dan barang perhiasan yang dipakai dengan baju panjang

ini akan melambangkan status kekayaan mereka.

 

 

BABA020

 

 

Gambar menunjukkan gadis Nyonya memakai fesyen pakaian Barat. Anak-anak

gadis mereka gemar memakai gelang kaki emas. Fesyen rambut dalam gambar ini

dikenali sebagai sanggul talipon.

 

 

BABA026 BABA025

 

 

Gambar menunjukkan perbezaan fesyen kebaya pendek yang dipakai

oleh kaum Nyonya. Baju ini biasanya akan dipadankan sama ada dengan kain batik

basahan ataupun kain batik panjang.

 

 

 

BABA029

 

 

Gambar menunjukkan pakaian Barat yang dipakai oleh kaum Baba.

Selain daripada pakaian tradisi mereka, kaum Baba juga gemar memakai

fesyen pakaian Barat.

 

 

 

BABA036

 

 

Gambar menunjukkan pakaian trdisi pengantin kaum Baba Nyonya.