Pelancaran Buku

PENANG PERANAKAN CHINESE  AND CHINESE MUSLIMS
image001
An Historical and Cultural JourneyPenang Peranakan Chinese and Chinese Muslims. An Historical and Cultural Journey is  an anthology of essays by prominent scholars and renowned culture activists who are actively engaged in researching, writing, propagating and projecting the history, identity and survival of these two communities. This collection of essays depicts their historical background and traces their  development over the years, focusing on their struggle  against acculturation and globalization. Reading this book will  bring alive for you the winding and intriguing historical and  cultural journey of the two communities.edited and introduced by Sohaimi Abdul Aziz teaches at the School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, Penang. Besides writing several biographies, he has published widely on literary
theory and criticism.

 

 


B
AHASA MELAYU KREOL CHETTI MELAKA

image003
Deskripsi Leksiko-Fonologi

Buku ini menghuraikan bahasa Melayu kreol Chetti yang dituturkan oleh masyarakat Chetti  yang  menetap  di  Kampung  Tujoh,  Gajah  Berang,  Melaka.  Masyarakat Chetti  yang  dimaksudkan   ialah  masyarakat  Peranakan  Hindu  Melaka  yang disebut juga sebagai Hindu Peranakan atau Indian Babas. Bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Chetti ini ialah sejenis bahasa yang  dianggap kreol yang diberi nama bahasa Melayu kreol Chetti. Selain menghuraikan latar belakang etnografi umum masyarakat Chetti, buku ini turut membincangkan persamaan leksikal dan fonologi kreol Chetti ini dengan dialek Melayu dan beberapa  kreol Melayu lain yang terdapat di Nusantara. Huraian ini  memberikan gambaran umum tentang budaya masyarakat Chetti ini, mengenal pasti perbezaan masyarakat ini dengan masyarakat India Tamil yang lain, dan menonjolkan  keistimewaan dan keunikan bahasa mereka yang memperlihatkan percampuran bahasa Melayu dengan Tamil.Oleh Noriah Mohamed

Noriah Mohamed memperoleh ijazah sarjana muda daripada  Universiti Sains Malaysia (USM). Ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafahnya diperoleh daripada Universiti Malaya. Bidang kepakaran beliau ialah sosiolinguistik, linguistik sejarah dan perbandingan bahasa Austronesia, dan sejarah bahasa Melayu. Beliau telah menghasilkan buku dan makalah ilmiah berkaitan tiga bidang ini pada peringkat tempatan  dan  antarabangsa.  Kini  beliau  merupakan  profesor  madya  di  Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM.

 

JAWI PERANAKAN DI PULAU PINANG

image005

 

Ekspresi Sebuah Identiti

Masyarakat   Jawi  Peranakan  adalah  sebuah  masyarakat  yang   sudah  sekian lama terbentuk di Pulau Pinang, iaitu pada  sekitar tahun 1700. Ada juga pihak menyatakan pembentukan  masyarakat ini di Pulau Pinang adalah pada sekitar tahun  1770. Di Nusantara, masyarakat ini telah terbentuk semenjak  abad ke-7, khususnya pada zaman kerajaan Srivijaya. Lebih awal lagi, semenjak Kedah menjadi pelabuhan  penting bagi  laluan  perdagangan  antara  India  dengan  China,  iaitu semenjak abad ke-3 lagi. Sehubungan itu, andaian boleh dibuat bahawa di sinilah tapak awal kewujudan masyarakat Jawi Peranakan di Tanah Melayu. Pembentukan masyarakat ini berpunca daripada adanya perkahwinan campur antara lelaki Arab, Tamil, Punjabi, Gujerat dan Afghan dengan wanita Melayu tempatan.Masyarakat   Jawi  Peranakan  telah  memainkan  peranan  yang   cukup  positif dalam perkembangan sejarah tempatan selama  lebih dua ratus tahun, dengan mendominasi pelbagai bidang bukan sahaja dari segi keagamaan, kesusasteraan, perniagaan,  perdagangan,  perkapalan,  pendidikan  malahan  perundangan  dan politik. Apa yang lebih menarik ialah, di sebalik proses  integrasi dan lokalisasi yang mereka alami setelah sekian lama menetap di Pulau Pinang, masyarakat Jawi Peranakan  masih  mampu  memelihara  budaya  idiosinkratik yang  menonjolkan keunikan mereka sebagai suatu kumpulan etnik. Situasi ini juga  sekali gus telah membantu mempelbagaikan lagi rupa bentuk dan komposisi masyarakat majmuk yang sedia ada di Pulau Pinang. Justeru, buku ini sangat menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat, kerana ia bukan sahaja membicarakan tentang asal usul pembentukan masyarakat Jawi Peranakan, tetapi ia juga membicarakan tentang sumbangan masyarakat ini dalam pembangunan masyarakat Melayu Pulau Pinang. Tajuk-tajuk yang dibicarakan bukan sahaja menjadi petunjuk  tentang  variasi sumbangan   masyarakat   Jawi   Peranakan   di   Pulau   Pinang,   malah   ia   dapat memberikan    kesedaran    betapa    pentingnya    sumbangan    tersebut    dalam pembentukan masyarakat Pulau Pinang yang unik daripada  masyarakat lain di Malaysia hingga ke hari ini. Kesedaran ini amat penting dalam pembentukan jati diri masyarakat Melayu  Pulau Pinang khasnya dan Melayu Malaysia amnya. Jati diri ini  amat perlu ditanam dalam diri kita untuk menghadapi dan  mengharungi arus glokalisasi dan globalisasi. Hanya melalui nilai jati diri dan semangat cintakan diri dan asal usul sahaja yang akan dapat menjadikan kita masyarakat yang lebih kebal  daripada  ancaman  anasir-anasir  budaya  kuning  atau  budaya  luar  yang bertentangan dengan pegangan agama dan adat susila masyarakat kita.Editor Omar Yusoff dan Jamaluddin AzizOmar   Yusoff  memiliki  Sarjana  Sains  Kemasyarakatan  di  USM   Pulau  Pinang pengkhususan dalam bidang antropologi sosial. Kini bertugas di Pusat Penyelidikan Dasar  dan  Kajian  Antarabangsa  USM.  Beliau  bergiat  cergas  dalam  persatuan penulis dan telah menerbitkan beberapa artikel serta buku-buku berhubung Jawi Peranakan di Pulau Pinang. Telah beberapa kali membentangkan kertas kerja Jawi Peranakan di Pulau Pinang, Medan dan Jakarta.