Jawi Peranakan

 

Masyarakat Jawi Peranakan adalah sebuah masyarakat yang sudah sekian lama terbentuk di Pulau Pinang, iaitu sekitar 1700. Ada juga pihak menyatakan pembentukan masyarakat ini di Pulau Pinang adalah sekitar tahun 1770. Di Nusantara, masyarakat ini telah terbentuk semenjak abad ke-7, khususnya pada zaman kerajaan Srivijaya. Lebih awal lagi, semenjak Kedah menjadi pelabuhan penting bagi laluan perdagangan antara India dengan China, ianitu semenjak abad ke-3 lagi. Sehubungan itu andaian boleh dibuat bahawa di sinilah tapak awal kewujudan masyarakat Jawi Pernakan di Tanah Melayu. Pembentukan masyarakat ini berpunca daripada adanya perkahwinan campur antara lelaki Arab, Tamil, Punjabi, Gujerat dan Afghan dengan wanita Melayu tempatan.