Pengenalan

logousm3 lambang lib

 

 

 

Penubuhan Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara di Perpustakaan  Hamzah Sendut adalah inspirasi Prof Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM yang dicetuskan semasa berlangsungkan Majlis Perasmian Persidangan Cina Peranakan Pulau Pinang dan Cina Muslim, pada tahun 2008. Beliau ingin melihat maklumat berkenaan kaum-kaum peranakan dikumpulkan dan disatukan. Disebabkan oleh adanya perkaitan dan dekatnya hubungan kaum peranakan ini dengan masyarakat dan budaya Melayu, maka adalah perlu dipelihara maklumat berkenaan kaum ini sebagai bahan sejarah dan penyelidikan.

Diharapkan usaha menubuhkan Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara ini akan dapat dimanfaatkan oleh para penyelidik dan generasi akan datang. Dengan tertubuhnya koleksi ini maka akan wujud satu pusat mengumpul, menyimpan, memelihara dan menyebar maklumat yang berkaitan dengan kaum peranakan di Asia Tenggara. Kewujudan kaum peranakan dia Asia Tenggara merupakan suatu keunikan yang perlu dipelihara kerana ianya adalah satu sejarah Asia Tenggara yang telah terbentuk zaman berzaman.

Objektif

  • Menghebahkan kepada umum tentang penubuhan Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara di Perpustakaan Hamzah Sendut.
  • Menyampaikan maklumat kepada umum berkenaan kaum-kaum peranakan yang terdapat di Asia Tenggara.